Tuesday, October 28, 2008

Nasi Iimpit yang Terhimpit

Cuti deepavali ari tuh..aku ngan family g Felda Lasah kat Sg Siput..kira2 2 jam lebih la dari umah aku..tapi aku tak balik kampong ngan Lantis Berjasa..keta ayah aku lak di khuatiri tak mampu ber four wheel drive ke kawasan Felda..mau tak mau kena la aku g ngadap En David..jiran selang 5 buah umah dari umah aku yang dah separuh abad umurnya..


Hon nya yang membuatkan driver lori iri hati


xceli dia nak jual Toyota Camry 2.4v manufactured in 2008 kepunyaan adiknya for RM180 k..aksesorinya saje mencecah RM 50 k..mencecah ye..bukan mencicah..hahaha..mau tak cecah RM50 k..break system dia saje boleh beli Lantis Berjasa aku..huh!! yang menariknya..aku di beri peluang test drive jentera agung keluaran Toyota nih..rasa mcm nk terus berhenti depan Bank Pilhan Kami wat loan..terbaik!!bak kata Chef Ismail - panas badan pun tiada (Wong Lo Kat)..hahaha


Rim Sukan 18" ngan sistem break yang sama nilai ngan Lantis Berjasaku


Aku tak la sewa Camry tuh..tergadai tabung ayamku..hahaha..aku sewa Mercedez Benz lama dia..Model C280 keluaran 1992..still in good condition..tiptop..ni 1st time aku drive Mercedez Benz..ayah ngan mak aku dah macam Dato’ dan Datin dah aku tengok..haha..quite impressed with the car la..ngan umur dia yang tahun depan nak ambik SPM tuh (1992-2008=16 tahun)..i believed the car is well maintained by En David..


Mercedez David ku redah ke Felda


Jauh nor la Felda Lasah tuh..2 dozen menguap tak sampai2 lagi...lenguh tangan2 nk tutup muulut menguap..siap upah orang seebelah tolong tutup mulut aku kalo aku menguap..hahaha..sampai2 je perut aku yang sekangkang kera remaja ni mula la mengada2 ngadu lapor..kami di hidangkan ‘bihun’ goreng ngan nasi impit..aku pun cedok la dengan semangatnya..sambil kunyah ‘bihun’ tuh..jeling la kat nasi impit tuh..pe la idea tuan umah ni tak kasi rendang@kuah nk cicah nasi impit tuh..hahaha..family aku mula On Bluetooth lalu berbisik sesame kami macam mana nk ‘kerjakan’ nasi impit tuh..


Semangat ingin tahu makcik aku tak tertahan lagi lalu disuarakan kepada tuan rumah...sambil tersenyum sinis..dia bgtau yang tadi tuh bukan ‘bihun’ tapi sohun yang digoreng bersama sambal..yang sepatutnya dicicah ngan nasi impit tadi..dia kata ni ‘secret recipe’ family dia yang berasal dari kedah..ayah aku mula check surat beranaknya untuk memastikan dia pun orang kedah..kerana sepanjang hayat dia dok kedah tak penah lak terserempak ngan sohun sebegitu rupa..sepanjang perjalanan pulang kami sekeluarga tak habis2 geletek sesame sendiri mengenangkan nasi impit tadi yang di pinggirkan..hahaha


1 comment:

Anonymous said...

மக்கள் சக்திக் கட்சி வரும் சனிக்கிழமை அதிகாரப்பூர்வமாகத் தொடக்கி வைக்கப்படுகிறது. அது இந்தியர்களின் ஆதரவைப் பெறுவதில் வெற்றி பெறும் நம்பிக்கையைக் கொண்டிருப்பதோடு பாரிசான் நேசனல் கூட்டணி அரசாங்கத்தில் தனக்கு எதிர்காலம் இருப்பதையும் உறுதி செய்து கொள்ள முடியும் என்றும் நம்புகிறது. விரிவாக